Saturday 16 June 2012

Israk Mikraj

Alhamdulillah, syukur hari ini Allah masih  beri kita peluang untuk menyambut hari yang penuh sejarah, Israk Mikraj tanggal 27 Rejab1433H, (17Jun2012)

Apa itu Israk Mikraj??

Israk mikraj adalah satu peristiwa penting yan berlaku pada baginda Rasulullah SAW . Basically,
- Israk  : perjalanan Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Palestin (Masjidil Aqsa) . Manakala,
-Mikraj : perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. 


Sejarah Perjalanan Israk

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/ perut yang telah dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika'il. Hati baginda disucikan dengan air zamzam untuk dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikan was-wasnya. Kemudian, dituangkan Hikmat , Ilmu, dan Iman ke dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimaterikan dengan ''Kahtimin nubuwwah''. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ''ISRAK".

Sepanjang perjalanan Israk, Nabi ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil. Rasulullah telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tenpat berkenaan ialah :

1. Negeri Thaibah (Madinah) : tempat Rasulullah melakukan Hijrah
2. Bukit Tursina : tempat Nabi Musa AS menerima wahyu dari Allah
3. Baitul-Laham : tempat Nabi Isa dilahirkan. 

Dalam perjalanan itu, Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa2 simbolik yang amat ajaib, antaranya :

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2.
Itulah kaum yang berjihad ''Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700x ganda bahkan sehingga gandaan lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum,
Itulah bau kubur Masyitah (Tukang sisir Rambut anak firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh firaun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun adalah Tuhan)

C. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam
Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Subhanallah.

D.Sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian berlaku berulang-ulang kali.
Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (SEMBAHYANG)

E. Satu kaum lelaki perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. 
Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing2 mempunyai suami dan isteri.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Itulah orang yang memakan riba'.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu lain. 
Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Itulah orang yang menbuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I.Kaun yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.

J.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Itulah orang yang bercakap besar (takbur) kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah tidak mempedulikannya.
Itulah Dunia. Jika rasulullah memberikan perhatian kepadanya, nescaya umat islam akan mengutamakan dunia dari akhirat.

L. Seorang perempuan Tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
Itulah orang yang mensiakan umurnya sehingga tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menaham Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Itulah gambaran umur dunia yang sangat Tua dan menanti saat hari kiamat.

Semasa Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (Tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan JIbril naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia. (pintu Hafzhah)

A. Langit pertama (berjumpa Nabi Adam AS)
Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan

B. Langit kedua (berjumpa Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS)

C. Langit ketiga (bertemu Nabi Yusuf AS)

D. Langit keempat (bertemu Nabi Idris AS)

F. Langit Kelima (Bertemu Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaum Bani Israel)

G. Lagit keenam (Bertemu Nabi Musa AS) 
Rasulullah disuruh angkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

H. Langit Ketujuh (Bertemu Nabi Ibrahim Khalilullah uang sedang bersandar di Baitul Ma'amur dihadapi oleh kaumnya)
Nabi Inrahim bersabda kepada Rasulullah SAW 
" Engkau akan berjumpa dengan ALLAH pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah."

 Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS besabda : 
" Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhmdulillah, Wa La Ila Hailallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang menbaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

I. Masuk ke dalam Bitul-Makmur dan bersembahyang 
Baitul Makmur itu adalah betul-betul di atas Baitullah di Mekah. 

J. Tangga kelapan (Disini di sebut Al-Kursi yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha)
Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air tang tak berubah, sungai susu, sungai arak, dan sungai madu lebah. Buah , daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertular menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia.

K. Baginda dapat menyaksikan Sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

L. Tangga kesembilan
Disini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur 'Arasy iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu panuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya. 

M. Tangga ke sepuluh (Baginda sampai ke Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab)
Disini, baginda dapat menyaksikan Allah AWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-NYA.

ALLAH SWT : Ya Muhammad

Rasulullah : Labbaika

ALLAH SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, kami perkenankan

Rasulullah : Ya Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai Jin, manusia, syaitan, dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq, dan menghidupkan orang mati. Engkau lundungi dia dan ibunya dari syaitan.

ALLAH SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ''Arasy". Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah, dan amar makruf dan nahi mungkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa-ul-hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardhukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang. Selepas merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahi lagi merayu kerana malu kepada Allah dan akhirnya Allah perkenankan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahala sebanyak 50 waktu jugak 

Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Subhanallah, kalau kita hayati betul2 sejarah israk mikraj ni, kita akan rasa sangat2 beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Umat yang dimuliakan oleh Allah. Bersyukur kehadrat Illahi kita dilahirkan dalam agama Islam, menjadi umat Nabi Muhammad kekasih Allah. 

Selain itu, Marilah kita muhasabah diri, adakah kita termasuk dalam golongan peristiwa ghaib yang Nabi lihat itu. Kalau Ya, marilah kita bertaubat, masih belum terlamat lagi. Allah sayangkan kita, Rasulullah pun sayangkan kita. Maka, marilah kita tunjjukkan rasa sayang kita kepada Mereka.

Salam akhir kata, semoga dapat memberi kebaikan kepada semua. Amin

No comments:

Post a Comment