Sunday 24 June 2012

Duka Lara

Setiap orang berbeza pendirian. Kadang2 ada masa, dia nak bersendiri, suka duduk sorang2 isolate diri, suka buat kerja sendiri, suka tido, suka mandi, semua suka lah pokoknya! ^^ (just like me!) . Bila dia bersendiri, bukan bererti dia marah, tak campur orang or what. Cuma, kadang2 they need time or space for herself untuk ''memanjakan'' diri sendiri (amboi, ayat..) Tapi, kadang2 dia nak relax kan kepala yang serabut dengan Masalah. Well, kita ni manusia biasa, setiap hari kita akan berhadapan dengan  masalah. Perhaps, this is my way to manage my problems by staying in my room and thinking how to solve it. 


The most big problem i have to face here is Money. Tipula kalau sape2 yang duduk sini xde masalah duit, betul tak? (kalau org kaya, xyah cerita la) Cuma, tak kan asyik nk pau duit parents je kan, malu & kesian kat dorang..  Hidup kat perantauan ni, tak semudah disangka. Tapi disebalik kesusahan yang kita hadapi tu, ade advantage yang membuatkan kita extra-ordinary dari yang lain. Kerana?? kerana, bila kita susah, kita akan nangis, bila kita nangis akan membuatkan kita akan jadi lebih kuat! At least, kita pernah rasa hidup susah. 



Problem lain yang sedang saya lalui kat sini adalah, saya sangat2 Rindu nak jumpa family saya nun jauh di sana. Everyday i cried just because i missed them so much! im totally homesick, seriously! Everyday call parents, tapi tak penah rasa puas. Kadang2 stress, line phone busy tak dengar suara. T_T Thats another reason why im isolated myself because i dont wannt people look on my tears.  (I hate it so much!) Sekarang ni, rasa tak nak pergi mana2 selain pergi Airport Hasanuddin bawak luggage berat2  balik Malaysia hihi ^^V

Wahai diri yang sedang bersedih hati,

Berfikirlah positive, Allah itu masih ada dengan kamu. Sejauh mana kamu pergi didunia ini, dia tetap ada bersama kamu untuk menemani kamu. Cuma, dekat kan lah dirimu dengan Nya. Ingatlah, setiap manusia mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan. Dan kadang2 ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah tu meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan. Kerana apa? kerana itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna. Malah, ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia yang hanya sementara sifatnya. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mohon ditabahkan hati untuk menghadapi ujian tersebut.

Wahai diri yang sedang besedih hati,

Yang membuat kita KUAT adalah DOA,
yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH,
yang membuat kita MAJU adalah USAHA,
yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA,
yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN & IMPIAN,
yang membuat kita MULIA adalah HATI YANG IKHLAS,
yang membuat kita menjadi yang TERBAIK adalah KEHENINGAN JIWA & MEMPERBANYAK SUJUD,
yanag paling penting, yang mebuat kita TENANG adalah AL-QURAN...

Wahai diri yang sedang bersedih hati,


TINGGALKAN rasa duka semampumu,
kerana MEMIKUL beban duka itu boleh membuatmu menjadi PUTUS ASA DAN LEMAH..
kelmarin Allah telah menolongmu,
PERCAYALAH..esok pun Dia masih TETAP AKAN MENOLONGMU..
maka, jangan bergantung pada siapapun SELAIN ALLAH..

"CUKUPLAH Allah menjadi PENOLONG kami dan Allah adalah SEBAIK-BAIK PELINDUNG."
(QS.3:173).

Entry kali ini lebih banyak menuju nasihat kepada diri sy sendiri. Jujur, xde niat nak tujukan kat sape2 pon. Maaf kalau ada yang terasa hati. Hidup ni macam roda, kadang dia ada di atas, kadang ade si bawah and sekarag ni, sy rasa sy berada dibawah coz im totally down and now in process untuk meningkatkan motivasi diri. Maaf semua. Ini sekadar luahan hati. ^^ peace!!


Eh, tetiba je ade gambar ni. kenapa kah? 
sbb bila rasa di uji, rasa teringin nak jalan2 g rumah sakit @ Hospital, nak tengok ramai lagi orang yang diuji kat rumah sakit tu kalau nak dibandingkan ujian yang kecil kita hadapi ni. 

--Assalamualikum--












No comments:

Post a Comment