Thursday 29 November 2012

tempat yang asing

Hidup ditempat orang, jauh dari keluarga memang salah satu pengalaman hidup yang penuh dengan pahit dan manis.Tak dapat dinafikan hakikatnya yang pahit itu lebih dari manis. Rasa hidup susah, ditipu, dicuri, dibuli.. semuanya pernah dilalui disini dan jujur ianya membuatkan aku kuat dari hari ke hari. Malah, semuanya mengajar aku apa erti hidup dan aku belajar untuk hidup berdikari mengurus diri. 
Setiap hari pasti akan kutulis dalam diari betapa hebatnya rasa rindu pada ibu, pada bapa, pada adik dan pada keluarga sudah pasti. Mereka ibarat kekuatan untuk aku dan menjadi jawapan kenapa aku harus disini, dibumi yang sangat asing untuk aku. Dan, sudah pasti jawapannya kerana aku ingin berjaya membela keluarga dan menjadi contoh yang baik untuk adik2 suatu hari nanti. Telah aku sematkan dalam hati, untuk mencapai kejayaan itu, sudah pasti aku harus merasa dahulu kesusahan untuk berjaya, "bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian''. Setiap usaha dan titik peluh yang aku curah, aku yakin pasti diiringi dengan ingatan ku terhadap ibu dan ayah. Aku ingin berjaya. . 

Jujur jauh dari sudut hati, tempat ini sangat asing untuk aku. Walaupun sudah hampir 3 tahun hidup disini, tapi masih sukar untuk aku menerima mereka yang sangat berbeza pemikiran, budaya, dan cara. Sebelum sampainya kakiku dibumi yang asing ini, semuanya kufikir indah dan mudah. Tapi hakikatnya segala-galanya indah kabar dari rupa. Hari demi hari kulihat dan kunilai sendiri mereka yang makin hari makin menjengkelkan dan membuatkan aku tidak mengerti mengapa sebegini pemikiran, budaya, dan cara mereka.

Saturday 17 November 2012

Axoplasmic family

Hi, today i want introduce you with my new family named aXoplasmic
Why aXoplasmix?
Since we are batch 2010
so, X is referred to '10


good luck guys for next block : FORENSIC 
we have to face dr Gatot again!!! 


Thursday 15 November 2012

Shushi party

Block special sence already end. Maka, cuti pun sudah bermula. But only for few days. Nak buat ape pun dah tak tau. Rasa bosan la hidup kt sini, everyday just pegi tempat yg same je. Since i love shushi so much, Most fav place was d'shushi. So, sape xpnah gi tu, you must try!=)
Last night was a great day, we have dinner with my brothers and sisters from 2012, mereka sangt2 awesome and sporting and kelakar. Since they also love shushi so much, so we order as much as we can.
So, lets enjoy with the pictures!