Friday 15 June 2012

Dhuha

Assalmualikum semua,
Exam dah habiskan, sekarang banyak masa terluang. Kalau tak tahu nak buat apa time free ni, jom kita buat solat dhuha. Tak susah pon, buat je solat 2 atau 4 rakaat pada pagi hari (selepas matahari terbit tau!). Banyak faedahnya akan kita peroleh. Cuma, kene bangun pagi, lepas subuh, tak leh tido. InsyaAllah, banyak manfaatnya kalau kita gunakan waktu pagi ni sebaik-baiknya. 

Hari ini, sy nak kongsi sedikit tentang Solat Dhuha. Pernahkah teman2 melaksanakan solat dhuha? 
Kepada yang jarang atau tidak pernah, tak apa, selepas ini, teman2 boleh praktiskan solat dhuha dengan lebih kerap kerna sangat banyak manfaat yang kita peroleh dengan melakukan solat sunat ini. 

Apa itu Dhuha?
Ibnu Manzhur mendefinisikan kata dhuha sebagai 'waktu tertentu pada siang hari' iaitu waktu ketika matahari sedang naik sepenggalan pada pagi hari hinggamendekati tengah hari. 
Didalam Al-Qur'an, kata dhuha terulang sebanyak 6x

Apa rahsianya?

Waktu Dhuha adalah PINTU REZEKI

Pagi hari merupakan waktu produktif untuk beraktiviti (oleh itu, jangan bangun lambat!) Kerana, waktu pagi adalah waktu yang baik untuk menyambut rezeki. Allah swt telah berjanji pada setiap mukmin yang tekun melaksanakan dhuha, akan dicukupkannya apa yang diperlukan hingga ke petang hari. Janji Allah tersebut dapat ditemukan dalam sebuah Hadith Qudsi.

Nu'aim bin Hammar berkata bahwa dia mendengar Rasulullah saw bersabda, ''Allah berfirman, 'Wahai anak adam, janganlah sesekali engkau malas melakukan shalat empat rakaat pada pagi hari (shalat dhuha)kerana akan kucukupkan keperluanmu hingga petang hari. (H.R.Abu Dawud)

Secara esential, solat dhuha merupakan jalan alternatif menuju kekayaan hidup. Ia diidentitikan sebagai solat pembuka pintu rezekin dan penolah kemiskinan. Rezeki dalam hal ini bukan berarti harta benda semata2, tetapi meliputi segala bentuk kenikmatan, termasuk kesehatan, dan kebahagiaan. Adapun maksud dari ''penolak kemiskinan'' bukan hanya miskin harta tetapi meliputi pula segala bentuk kemiskinan seperti terbelit hutang, dihimpit kesulitan, ditimpa musibah, dan perasaan gundah gulana.

Waktu Dhuha sebagai penghapus dosa

Ampunan Allah terbentang luas, melebihi luasnya alam semesta. Bahkan, melebihi batas jarak yang kita ketahui. Sebesar apa pun dosa kita, namum jika kita mahu bertaubat dengan sungguh-sungguh (taubatan nashuha) maka Allah memberikan ampunan dan kasih sayang- NYA. Allah swt selalu mengampuni dosa-dosa hamba-NYA selama mana kita tidak menyekutukan-NYA, kerana syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni (Q.S.An-Nisa' [4]:116

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, ''Barangsiapa yang masih berdiam diri dalam masjid atau tempat solatnya setelah melakukan solat subuh sampai melakukan dua rakaat solat dhuha, tidak mengatakan sesuatu, kecuali kebaikan maka dosa-dosanya akan diampuni sekalipun banyaknya melebihi buih di lautan'' (H.R. Abu Dawud)

Dibangunkan istana di syurga.

Dari Anas bin Malik, bahwa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengerjakan solat dhuha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membangunkan untuknya istana di surga." (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah, Hadits Hasan)

Dijelaskan pula oleh beliau saw, ''Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak 4 rakaat dan 4 rakaat sebelumnya makan ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.'' (Shahih Al-Jami: 634)

Mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah

Dari Abu Umamah r.a, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanankan salat wajib maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat dhuha maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.'' (Shahih At-Targhib: 673)

Dari Anas bin Malik, Nabi saw bersabda ''Barangsiapa solat subuh berjemaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit, kemudian mengerjakan solat 2 rakaat (dhuha) maka baginya seperti pahala haji dan umrah; sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya." (H.R.Tirmidzi)

Diberi ghanimah (keuntungan) yang besar.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.huma, ia berkata "Rasulullah saw mengirim sebuah pasukan perang. Beliau bersabda, 'Perolehlah keuntungan (ghanimah) dan cepatlah kembali!' Mereka akhirnya saling berbicara tentang dekatnya tujuan (tempat) perang dan banyaknya keuntungan (ghanimah) yang akan diperoleh dan cepat kembali (kerana dekat jaraknya). Lalu Rasulullah berkata, 'Mahukah kalian aku tunjukkan kepada tujuan paling dekat dari mereka (musuh yang akan diperangi), paling banyak keuntungan (ghanimah)nya, dan cepat kembalinya? Mereka menjawap, 'Ya!' Rasul berkata lagi,  "Barangsiapa yang berwudhu kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimah-nya, dan lebih cepat kembalinya." (Sahih al-Targhib)

Dijauhkan dari seksa api neraka.

Sabda Nabi saw "Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berzikir hingga matahari terit kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak 2 rakaat, nescaya Allah swt akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya." (H.R. Baihaqi)

Masuk ke syurga melalui pintu Dhuha

''Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama Bab adh-Dhuha (pintu dhuha), dan pada hari kiamat nanti akan ada yang memanggil, 'Di mana orang yang sentiasa mengerjakan solat dhuha? Ini pintumu, dan masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah." (H.R Thabrani, Al-Mu' jam Al-Ausath, Juz V)


Alhamdulilah, selesai sudah menulis entry kali ni. Semoga, dapat memberi manfaat kepada semua. Ada tambahan, solat dhuha juga adalah kunci kejayaan. Kepada kalian yang mahu berdoa untuk lulus cemerlang dalam exam, boleh la lakukan solah dhuha ini kerana rezeki Allah itu luas. Bukat setakat usaha sahaja, usaha yang diiringi dengan doa adalah lebih berkat dan bermakna. Akhir kata, semoga berjaya kepada semua yang menduduki exam lepas, kita merancang Allah yg menentukan. Semoga berjaya.

Rujukan: Doa dan zikir Solat Dhuha (A. Akmal Falah)

4 comments:

  1. subhanallah.. byk hikmah dia..
    dulu kita pown ssh jugak nak buat dhuha..
    tp alhamdulillah skg kalo terlepas dhuha tu rasa x lengkap pg itu.. insyaAllah kalo nekad n x putus asa pasti boleh buat..yuk amalkan solat dhuha... gambatte kudesaiii....

    ReplyDelete
  2. jom jadikan amalan selalu...Ibu ainil hari2 pesan suruh wat dhuha. Alhamdulillah, dhuha sangat membantu dalam kehidupan. Semua yang susah, akan dipermudahkan Allah. Dhuha jugak, dapat membuatkan kita sentiasa bersyukur atas nikmat Tuhan. Betapa sayang nya Allah kat kita, banyak jalan Dia beri untuk kaut pahala dan keredhaanNya. Semuanya bergantung kat kita nak buat atau tidak. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. pe jew yg dia x bg..huhu.. x terkira nikmat yg Allah kurniakan...

      Delete
  3. subhanallah, see, Allah loves us :) slamat beramal, ikut ckp ibu ye ainil, hehe :)

    ReplyDelete