Thursday 22 September 2011

apa itu ~~> K.A.W.A.N


dalam dunia ni, mcma2 perangai kawan ade... tapi, nak cari yg kene ngan jiwa kita memang susah..mesti akan ade yg tak kene punye..so, baik atau buruk, terima jela seadanya,.. tapi, nak dapat yg betul2 baik, ikhlas, jujur, memang susah nak cari, mungkin satu dalam seribu. kadang2 tu, nampak dah baik, jujur, ikhlas...tapi kat belakang acting mcm pembunuh, senyap2 tikam dari belakang... yg ni yg sangat berbahaya! harap2 dijauhi ngan org cmni~~ 
tapi, sebelum kita menilai sesorang kawan itu, kita kene la nilai diri kita dulu. adakah kita ini cukup bagus untuk menjadi seorang kawan yg baik untuk org lain, ikhlas dan jujur. bak kata org, kalau tak nak org lain buat kat kita, kita jangan la buat kat org lain. so this is 10 things about friends yg kita mesti jagan buat kat org lain... 

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar... Dah dapat sepak...:-(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang…:-(

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...:-(

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
 Rosak sikit jual …Beli baru…:-(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde…:-(

9. Kawan tu bukan macam BANK.
 Bila dah takde duit baru nak cari…:-(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???Hmmmm...ce korang pk lagi...hilang idea la

ok, Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong satu sama lain setiap masa bukan hanya semasa berbloging tapi di mana-mana saja…:-)


Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.





p/s : nak cari kawan yg baik, jujur and ikhlas..tp mcm susah je nk cri~~

No comments:

Post a Comment